surat buat kekasih

kepada kekasih saya..
janganlah awak memandang seseorang yang mungkin jauh lagi cantik dari saya...
saya tahu saya sukar untuk bahagiakan awak dan berikan segalanya kepada awak..
tetapi saya akan terus berusaha untuk beri yang terbaik pada awak..
buka lah mata hati awak..
pandang dan selamilah hati saya....
saya yang awak kongsikan rahsia..
saya yang awak kongsikan suka dan duka...
saya yang ada bila awak susah mahu pun senang..
saya yang ada bila semua orang pergi tinggalkan awak sendirian..
saya yang ada bila awak perlukan saya..
saya yang ada setiap saat bersama awak walaupun saya jauh dari awak..
kekasihku...
sesungguhnya kecantikkan tidak akan kekal lama...
walaupun awak mengatakan...
cantik itu menyedapkan dan memuaskan mata memandang...
serta tidak membosankan..
sedarlah wahai kekasihku..
bagiku..
kecantikan adalah kedua dalam hidupku..
kesetiaan serta kejujuran darimu adalah pertama bagiku..
kekasihku..
ku utuskan surat serta pesanan ini padamu...
agar kamu disana mengerti akan perasaanku..
pabila atau tika kamu memandang seseorang yang lagi indah dariku..
ku akui ku cemburu..
namun dalam hatiku selalu berdoa...
semoga kamu ditetapkan oleh Allah..
hatimu tetap memilihku..
dan ku berharap agar kamu menjadi imam kepadaku serta anak-anakku nanti..


salam cinta dari sayangmu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...