istikharah cinta memanggilku...

bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbih ku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa
sebut nama mu terukir merdu
tertulis dalam sajadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga ke akhir zaman
istikharah cinta memanggilku
memohon petunjukmu
satu nama teman setia naluri ku berkata
.....

wah macam lagu dah tu...penah dengar tak lagu tu...
oiii sufie!! ko x bg salam lagi lah...

hehehhehe
maaf2...terlupa pulak kite nak bagi salam..kusyuk sangat nyanyi...
korang tau tak lirik lagu kat atas tu sape yang nyanyi??
kalau korang cakap pun kot la sufie leh dengar kan...
hehhhe
ok sufie bgtau penyanyi tu sigma..tajuk die istikharah cinta..

weii sufie knpe tiba2 nk istikharah cinta pulak ni??

ko bute ke pe tajuk aku tulis kat atas tu..hehhehe... lawak je..jangan ambik hati nohhh...

sebenarnya sufie nak share tuk korang yang asyik bercinta..yang rase ragu-ragu dengan jodoh masing2 lah...
yela jodoh pertemuan tu ditangan Allah swt... tak salah kalau kita minta petunjuk dari Allah swt untuk jodoh yang lebih baik untuk kita..sesungguhnya Allah swt maha mengetahui ape yang terbaik untuk hamba-Nya...

pe yang sufie nak sampaikan kali ni adalah mengenai solat istikharah dan cara untuk melakukan solat istikharah...(alah 2 rakaat sahajenye punnn)


mulakan dengan niat:



Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

 semoga apa yang sufie cube share ni dapat membetulkan ape yang tersalah...
sekiranya ada terdapat kesalahan dalam entry ini silalah perbetulkan..sharing is caring...
Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah.


2 comments:

  1. Cikgu Faie kate solat istikharah ini bukan je bila nak carik jodoh :) Thanks for sharing , kakak ^ ^

    ReplyDelete
  2. betul tu...solat istikharah mohon petunjuk dari Allah swt dalam bermacam keadaan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...